Tuesday, May 8, 2012

FELDA : menang sorak, tanah tergadai

Assalammualaikum,

Seronok benar warga FELDA atas pemberian insentif bernilai RM 15,000 kepada setiap keluarga peneroka FELDA yang diumumkan Perdana Menteri. Tahniah la kepada mereka semua sebab dapat 'durian runtuh' daripada penyenaraian FGVH. Bersorak kuat mereka gamaknyee....

Saya yakin PRU13 nanti warga FELDA akan beramai-ramai keluar mengundi BN/UMNO hasil daripada pemberian insentif ini. BN semakin bijak menarik undi rakyat apabila Pakatan Rakyat semakin kuat sokongannya...tahniah juga kepada PR kerana mendesak BN menjadi lebih baik.

menang sorak..tanah tergadai

Namun..warga FELDA seakan-akan lupa sesuatu...iyelah..lupa pula yang orang Melayu majoriti tidak berpendidikan..mereka tidak faham apa itu Bursa Saham dan mereka tidak faham atas tujuan apa sesebuah syarikat disenaraikan dalam bursa saham.

Saya bukanlah pakar ekonomi..tetapi saya ada pengalaman bermain saham di Bursa Malaysia (FBM KLCI)...saya pernah untung beribu dan pernah juga rugi beribu dek main saham KLCI ini.

Apabila sesuatu syarikat disenaraikan dalam bursa saham..ia tiada lain bertujuan untuk meningkat modal kapital sesuatu syarikat. Hasil penjualan saham, syarikat akan memperolehi berbillion ringgit daripada transaksi pembelian saham.

Duit tersebut akan digunakan oleh syarikat untuk meningkatkan modal syarikat dan apabila keuntungan diperolehi....pemberian dividen akan diberi kepada pemegang saham yang melabur duit mereka dalam syarikat berkenaan.

Syarikat tidak lagi bekerja untuk pemilik syarikat tetapi mereka bekerja untuk pemegang saham. Pemegang saham terbesar itulah akan jadi pemilik syarikat dan syarikat bila-bila masa sahaja boleh bertukar pemilikan melalui penjualan dan pembelian saham.

Pemberian duit kepada peneroka yang berjumlah billion itu sudah tentu diambil hasil daripada penyenaraian FGVH dalam Bursa Malaysia. Jika duit yang sepatutnya diguna sebagai modal kapital syarikat telah diguna untuk memberi durian runtuh...apa pula duit yang mahu dikaut semula untuk gantikan modal yang telah hilang itu???...

Sudah tentu FGVH akan meminjam daripada bank..dan tanah-tanah peneroka akan jadi cagarannya. Kalau FGVH untung dan pinjaman dilangsaikan..tak mengapalah..kalau rugi???...habis tergadailah nanti tanah-tanah peneroka.

Sepatutnya apabila FGVH disenaraikan..duit penjualan saham akan digunakan sebagai modal syarikat..jika untung kelak barulah bonus, durian runtuh diberi kepada peneroka dan FELDA..ini belum apa lagi..bonus sudah diberi..sungguh janggal !!...

Tiada jaminan FGVH kekal milik FELDA

Apabila sesuatu syarikat disenaraikan dalam bursa saham..tiada jaminan ia akan kekal dalam tangan pemilik asal syarikat..kecualilah syarikat sentiasa untung (seperti Petronas Dagangan Bhd)....tetapi jika syarikat alami kerugian...lama kelamaan ia akan terjual juga untuk menyelamatkan syarikat tersebut daripada terus bankrap.

Lihat saja PERODUA...dulu ia milik mutlak Malaysia..kini 35% sahamnya sudah dimiliki syarikat-syarikat Jepun. Jika PNB tidak beli 10% sahamnya..sudah tentu ia dibeli oleh syarikat dari Jepun..jika pemilikan mereka meningkat hingga 45%...mereka pemegang saham terbesar dan PERODUA akan jadi milik Jepun.

MAS...dulu milik mutlak kerajaan melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC)...namun akibat kerugian mendadak..kini 20% sahamnya dimiliki AirAsia (nasib baik AirAsia dimiliki rakyat Malaysia)....dan jika MAS terus rugi lagi dan Khazanah Nasional tidak mampu lagi menanggung rugi dan menjual sahamnya kepada syarikat luar atau AirAsia..tidakkah MAS akan berkubur???....

Sesal dahulu pendapatan

Jangan hanya kerana mendapat RM 15,000 kaum peneroka gelap mata..apalah nilai RM 15,000 dengan risiko kehilangan tanah yang telah anda usahakan berpuluh tahun...fikirkan sebaiknya wahai warga FELDA !

Sekadar pandangan peribadi


No comments:

Post a Comment