Friday, August 17, 2012

Pengalaman Iftar dengan UMNO

Salam Ramadhan..

Hari Selasa lepas bersamaan 15 Ogos 2012..saya berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kolej Komuniti Selayang. Majlis disempurnakan oleh ADUN Taman Templer, Dato Sri Subahan Kamal.

Apa yang menyedihkan..majlis berkenaan bukan menjurus kepada mengimarahkan Ramadhan..tetapi lebih kepada majlis sambutan kemerdekaan (31 Ogos lambat lagi)..boleh jer sambut selepas hari raya....

Dari mula majlis..hingga azan maghrib..majlis hanya penuh dengan nyayian..ikrar..slogan satu malaysia....tiada langsung puji-pujian kepada Allah dan Rasul...tiada langsung sesi bacaan Al-Quran....sedangkan jika kita mahu bersyukur nikmat kemerdekaan seharusnya ia dipanjatkan kepada Allah yang mengizinkan kita merdeka dan membentuk Malaysia...

Jelas..UMNO sudah lari jauh daripada Islam yang sebenar....





No comments:

Post a Comment