Beza Ahli Sunnah, Khawarij dan Syiah
Tak perlu saya nukilkan secara 'detail' golongan khawarij ini kerana pembaca boleh dapatkan maklumat melalui google..banyak blog telah membicarakan secara terperinci siapa dan apa golongan ini.
Cukup saya ringkaskan dan jelaskan secara santai kerana anda pun bukan nak faham secara 'detail' kan?...golongan Khawarij wujud ekoran daripada pergolakkan politik antara Saidina Ali RA dan Muawiyah RA. Golongan ini berkembang daripada bersifat politik hingga berbeza akidah dengan Ahli Sunnah.
Berikut adalah perbezaan ringkas antara Khawarij, Syiah dan Ahli Sunnah wal-Jamaah :
Ahli
Sunnah
|
Syiah
|
Khawarij
|
|
Pandangan terhadap konflik antara Ali RA dan Muawiyah RA
|
Berpendirian bahawa kedua-dua Sahabat iaitu Ali dan Muawiyah tidak bersalah
tetapi menjadi mangsa fitnah Abdullah bin Saba’.
|
Menyokong Ali secara melampau hingga mendewakan Ali. Mengkafirkan
Muawiyah dan seluruh keturunannya.
|
Mengkafirkan Ali dan Muawiyah dan menolak semua Khalifah Islam
(kecuali jika khalifah itu merupakan kelompok Khawarij)
|
Pandangan terhadap Para Sahabat Nabi SAW
|
Memuliakan semua Para Sahabat Nabi SAW.
|
Mengkafirkan semua Sahabat Nabi SAW kecuali yang bersama Ali RA.
|
Mengkafirkan semua Para Sahabat Nabi SAW.
|
Asas Akidah
|
Al-Quran dan As-Sunnah.
|
Menuduh Al-Quran diseleweng dan menolak Sunnah.
|
Memegang akidah Muktazilah
|
Khawarij kelompok kecewa
Dengan erti kata lain, Khawarij adalah kelompok umat Islam yang kecewa dengan konflik yang timbul akibat daripada pembunuhan Saidina Usman bin Affan dan seterusnya konflik politik ekoran api fitnah yang disebar oleh Abdullah bin Saba' hingga menyebabkan Saidina Ali dan Muawiyah berkelahi.
Akibatnya golongan ini telah keluar dari pemerintahan Islam dan membawa diri serta mengkafirkan semua yang tidak mengikuti mereka. Kelompok ini telah membina penempatan di Oman dan Utara Afrika.
Siapa Khawarij sekarang?
Kelompok Khawarij sekarang memerintah negara Oman dimana 80% penduduk Oman memegang fahaman Khawarij (mazhab Ibadiyah). Khawarij juga terdapat di Mzab (Algeria), Jerba (Tunisia), Nafusa (Libya) dan Zanzibar (Tanzania).
negara Oman
bendera Oman
Muscat, Oman
Wajarkah menuduh Yusof Qardhawi sebagai Khawarij?
Atas asas apa Ulama Muda UMNO menuduh Dr Yusof Qardhawi sebagai Khawarij sedangkan beliau memuliakan semua Para Sahabat Nabi SAW. Malah beliau juga merupakan pendukung Ahli Sunnah.
Jelas bahawa Ulama UMNO tidak faham sejarah atau pura-pura tidak faham kerana mahu melacurkan agama demi kepentingan politik sempit mereka. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment