Sunday, September 2, 2012

Salah ker jika tukar bendera?

Assalamualaikum,

Kecoh pasal segelintir rakyat yang mahu tukar bendera Malaysia..ada yang menuduh pengkhianat dan sebagainya...persoalannya, salahkah jika tukar bendera??

sejarah tukar bendera

Mengikut sejarah, sudah banyak negara yang telah menukar bendera mereka. Antaranya ialah :

1. CANADA

Atas sebab perpaduan antara rakyat berbahasa English dan French di Canada maka Canada telah menukar bendera mereka pada tahun 1965.

bendera lama Canada (sebelum 1965)

File:Canadian Red Ensign.svg

bendera baru Canada (selepas 1965)

File:Flag of Canada.svg

2. MYANMAR (BURMA)

Sebagai membuktikan komitmen Myanmar untuk berubah menjadi sebuah negara demokrasi tulen..maka Myanmar telah menukar bendera pada tahun 2010

bendera lama Myanmar (sebelum 2010)

File:Flag of Myanmar (1974-2010).svg

bendera baru Myanmar (selepas 2010)

File:Flag of Myanmar.svg

3. RWANDA

Sebagai usaha melupakan kisah pahit perang etnik di Rwanda pada 1994, Kerajaan Rwanda telah menukar bendera mereka pada tahun 2001

bendera lama (sebelum 2001)

File:Flag of Rwanda (1962-2001).svg

bendera baru (selepas 2001)

File:Flag of Rwanda.svg

4. AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat sendiri sering kali bertukar bendera. Ia bertukar selari dengan perkembangan Amerika Syarikat yang pada mulanya hanya terdiri daripada 13 buah negeri dan seterusnya berkembang menjadi 50 buah negeri.

bendera asal Amerika Syarikat

File:US flag 13 stars – Betsy Ross.svg

bendera terkini Amerika Syarikat

File:Flag of the United States (Pantone).svg


Malaysia sendiri ada sejarah tukar bendera

1. Sabah

Negeri Sabah sudah tiga kali menukar bendera

bendera asal Sabah (1963-1981)

File:Flag of Sabah 1963-1981.png

pertukaran pertama (1981-1988)

File:Flag of Sabah (1982-1988).svg

bendera terkini

File:Flag of Sabah.svg


Kesimpulan

Jadi, salahkah jika ada segelintir rakyat Malaysia yang mahu Malaysia menukar bendera kerana bendera yang sedia ada kerana dakwa mereka ia lebih mirip bendera Amerika Syarikat?

Tepuk dada, tanya selera

Sunday, August 19, 2012

Rumah Terbuka MB Selangor Meriah !

Salam Eid Mubarak

Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di dataran kompleks Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Sambutan sangat meriah sekali...membuktikan sokongan rakyat Selangor kepada kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor dan barisan Exco Kerajaan Negeri...









Friday, August 17, 2012

Pengalaman Iftar dengan UMNO

Salam Ramadhan..

Hari Selasa lepas bersamaan 15 Ogos 2012..saya berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran UMNO Bahagian Selayang di Kolej Komuniti Selayang. Majlis disempurnakan oleh ADUN Taman Templer, Dato Sri Subahan Kamal.

Apa yang menyedihkan..majlis berkenaan bukan menjurus kepada mengimarahkan Ramadhan..tetapi lebih kepada majlis sambutan kemerdekaan (31 Ogos lambat lagi)..boleh jer sambut selepas hari raya....

Dari mula majlis..hingga azan maghrib..majlis hanya penuh dengan nyayian..ikrar..slogan satu malaysia....tiada langsung puji-pujian kepada Allah dan Rasul...tiada langsung sesi bacaan Al-Quran....sedangkan jika kita mahu bersyukur nikmat kemerdekaan seharusnya ia dipanjatkan kepada Allah yang mengizinkan kita merdeka dan membentuk Malaysia...

Jelas..UMNO sudah lari jauh daripada Islam yang sebenar....