Sunday, September 2, 2012

Salah ker jika tukar bendera?

Assalamualaikum,

Kecoh pasal segelintir rakyat yang mahu tukar bendera Malaysia..ada yang menuduh pengkhianat dan sebagainya...persoalannya, salahkah jika tukar bendera??

sejarah tukar bendera

Mengikut sejarah, sudah banyak negara yang telah menukar bendera mereka. Antaranya ialah :

1. CANADA

Atas sebab perpaduan antara rakyat berbahasa English dan French di Canada maka Canada telah menukar bendera mereka pada tahun 1965.

bendera lama Canada (sebelum 1965)

File:Canadian Red Ensign.svg

bendera baru Canada (selepas 1965)

File:Flag of Canada.svg

2. MYANMAR (BURMA)

Sebagai membuktikan komitmen Myanmar untuk berubah menjadi sebuah negara demokrasi tulen..maka Myanmar telah menukar bendera pada tahun 2010

bendera lama Myanmar (sebelum 2010)

File:Flag of Myanmar (1974-2010).svg

bendera baru Myanmar (selepas 2010)

File:Flag of Myanmar.svg

3. RWANDA

Sebagai usaha melupakan kisah pahit perang etnik di Rwanda pada 1994, Kerajaan Rwanda telah menukar bendera mereka pada tahun 2001

bendera lama (sebelum 2001)

File:Flag of Rwanda (1962-2001).svg

bendera baru (selepas 2001)

File:Flag of Rwanda.svg

4. AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat sendiri sering kali bertukar bendera. Ia bertukar selari dengan perkembangan Amerika Syarikat yang pada mulanya hanya terdiri daripada 13 buah negeri dan seterusnya berkembang menjadi 50 buah negeri.

bendera asal Amerika Syarikat

File:US flag 13 stars – Betsy Ross.svg

bendera terkini Amerika Syarikat

File:Flag of the United States (Pantone).svg


Malaysia sendiri ada sejarah tukar bendera

1. Sabah

Negeri Sabah sudah tiga kali menukar bendera

bendera asal Sabah (1963-1981)

File:Flag of Sabah 1963-1981.png

pertukaran pertama (1981-1988)

File:Flag of Sabah (1982-1988).svg

bendera terkini

File:Flag of Sabah.svg


Kesimpulan

Jadi, salahkah jika ada segelintir rakyat Malaysia yang mahu Malaysia menukar bendera kerana bendera yang sedia ada kerana dakwa mereka ia lebih mirip bendera Amerika Syarikat?

Tepuk dada, tanya selera

No comments:

Post a Comment