Friday, September 7, 2012

Pengurusan Islam yang pincang...

Assalamualaikum,

Cuba renungkan negara kita Malaysia...mempunyai banyak jabatan dan agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia samada di peringkat Persekutuan dan Negeri.....

Persekutuan
Ada 7 agensi kerajaan berkaitan Agama Islam..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Zakat, Haji dan Wakaf (JAWHAR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tabung Haji, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan...

Negeri-Negeri
Ada 79 agensi kerajaan berkaitan Agama Islam..

1. Jabatan Agama Islam Negeri (13 buah negeri)
2. Majlis Agama Islam Negeri (13 buah negeri)
3. Jabatan Mufti Negeri (13 buah negeri)
5. Jabatan Kehakiman Syariah (13 buah negeri)
6. Pusat Zakat Negeri (13 buah negeri)
7. Perbadanan Wakaf (di Selangor)

Bayangkan berapa banyak peruntukan diberi oleh pihak kerajaan samada persekutuan atau negeri kepada semua agensi ini?...sudah pasti berbillion ringgit setahun..itu belum dikira hasil dari zakat dan wakaf...

Tetapi malang..Islam di Malaysia masih terpinggir...65 % rakyat Malaysia beragama Islam..tetapi apa yang kita lihat sekarang, majoriti rakyat khususnya generasi muda sangat jahil tentang agama islam...

Beberapa universiti awam telah membuat kajian mendapati bahawa masih ada ramai anak muda yang bacaan al-Fatihah pun tidak tahu baca..apatah lagi ilmu agama yang lain.

Tidakkah ini sangat mendukacitakan?...di Eropah, tiada agensi kerajaan berkaitan agama Islam tetapi Islam berkembang pesat di sana sedangkan di Malaysia terbalik dimana semakin ramai pula yang lari daripada Islam.

Sekadar renungan...

http://www.youtube.com/watch?v=_6uE_kBYwgc&feature=related


No comments:

Post a Comment