Sunday, September 9, 2012

Awas !! jika ingin lawati negara berikut

Salam Sejahtera,

Berikut adalah fakta 10 negara paling merbahaya di dunia, di mana negara-negara berikut mempunyai kadar pembunuhan paling tinggi di dunia.

Fakta direkodkan oleh Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (United Nations Office on Drug and Crime) atau singkatannya UNODC bagi tahun 2011.

Kadar pembunuhan dikira bagi 100,000 orang penduduk. Semakin tinggi nilai kadar itu, bermakna negara berkenaan mempunyai kadar kes bunuh paling tinggi selepas dinisbahkan dengan jumlah populasi negara berkenaan.

1. Honduras
* negara yang terletak di benua Amerika Tengah. Ibu negara : Tegucigalpa


Jumlah penduduk :  8.25 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  7,104
Kadar per 100,000 penduduk :  91.6

2. El Salvador
* negara yang terletak di benua Amerika Tengah. Ibu negara : San Salvador


Jumlah penduduk :  6.13 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  4,308
Kadar per 100,000 penduduk :  69.2

3. Ivory Coast
*negara kelahiran Didier Drogba..terletak di benua Afrika. Ibu negara : Yamoussoukru


Jumlah penduduk :  20.62 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  10,801
Kadar per 100,000 penduduk :  56.9

4. Jamaica
*negara kelahiran Usain Bolt..terletak di kepulauan Caribean. Ibu negara : Kingston


Jumlah penduduk :  2.89 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  1,430
Kadar per 100,000 penduduk :  52.2

5. Venezuela
* negara yang terletak di benua Amerika Selatan. Ibu negara : Caracas
**kalau anda perasan, bendera Wilayah Persekutuan diambil sempena bendera Venezuela


Jumlah penduduk :  27.15 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  13,080
Kadar per 100,000 penduduk :  45.1

6. Belize
* negara yang terletak di benua Amerika Tengah. Ibu negara : Belmopan


Jumlah penduduk :  333,200
Kes bunuh direkodkan :  129
Kadar per 100,000 penduduk :  41.4

7. U.S Virgin Island
*tanah jajahan Amerika Syarikat di kepulauan Caribean. Ibu negara : Charlotte Amelia


Jumlah penduduk :  109,750
Kes bunuh direkodkan :  43
Kadar per 100,000 penduduk :  39.2

8. Guatemala
* negara yang terletak di benua Amerika Tengah. Ibu negara : Guatemala City


Jumlah penduduk :  13.82 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  5,681
Kadar per 100,000 penduduk :  38.5

9. Saint Kitts and Nevis
* negara yang terletak di benua kepulauan Caribean. Ibu negara : Basseterre


Jumlah penduduk :  51,300 orang
Kes bunuh direkodkan :  20
Kadar per 100,000 penduduk :  38.2

10. Zambia
* negara yang terletak di benua Afrika. Ibu negara : Lusaka


Jumlah penduduk :  12.94 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  4,710
Kadar per 100,000 penduduk :  38.0

Negara kita Malaysia pula???....

Malaysia

A blue rectangle with a gold star and crescent in the canton, with 14 horizontal red and white lines on the rest of the flag
Jumlah penduduk :  28.33 juta orang
Kes bunuh direkodkan :  604
Kadar per 100,000 penduduk :  2.3

Walaupun kadar bunuh di negara kita masih dikira rendah..namun amat membimbangkan kerana mengikut rekod, setiap tahun kes bunuh di Malaysia semakin meningkat. Jika tidak dibendung awal, mungkin akan meningkat menjadi semakin teruk.

Semoga Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia bekerjasama membendung jenayah supaya Malaysia menjadi sebuah negara selamat bukan sebaliknya.

Sekadar berkongsi info.

No comments:

Post a Comment