Saturday, September 8, 2012

Fakta kepadatan penduduk dunia

Assalamualaikum,

Berikut adalah fakta negara paling tidak padat di dunia. Padat atau tidak padat bergantung kepada purata jumlah penduduk dalam 1 km persegi.

1. Western Sahara

File:Flag of the Sahrawi Arab Democratic Republic.svg
Keluasan : 252,120 km persegi
Penduduk : 567,000 orang
Kepadatan : 2 orang dalam 1 km persegi

2. Mongolia

File:Flag of Mongolia.svg
Keluasan : 1,564,100 km persegi
Penduduk : 2,763,800 orang
Kepadatan : 2 orang dalam 1 km persegi

3. Bostwana

File:Flag of Botswana.svg
Keluasan : 581,730 km persegi
Penduduk : 2,024,904 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi

4. Australia

File:Flag of Australia.svg
Keluasan : 7,702,466 km persegi
Penduduk : 22,721,900 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi
*nota: walaupun penduduk Australia berjumlah 22 juta orang...namun kerana keluasan negaranya yang besar, maka kepadatan penduduknya sangat sedikit.

5. Mauritania

File:Flag of Mauritania.svg
Keluasan : 1,030,700 km persegi
Penduduk : 3,378,254 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi

6. Suriname

File:Flag of Suriname.svg
Keluasan : 163,820 km persegi
Penduduk : 534,000 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi

7. Iceland

File:Flag of Iceland.svg
Keluasan : 102,800 km persegi
Penduduk : 320,060 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi

8. Namibia

File:Flag of Namibia.svg
Keluasan : 825,118 km persegi
Penduduk : 2,104,900 orang
Kepadatan : 3 orang dalam 1 km persegi

Friday, September 7, 2012

Pengurusan Islam yang pincang...

Assalamualaikum,

Cuba renungkan negara kita Malaysia...mempunyai banyak jabatan dan agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia samada di peringkat Persekutuan dan Negeri.....

Persekutuan
Ada 7 agensi kerajaan berkaitan Agama Islam..

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Zakat, Haji dan Wakaf (JAWHAR), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Tabung Haji, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan...

Negeri-Negeri
Ada 79 agensi kerajaan berkaitan Agama Islam..

1. Jabatan Agama Islam Negeri (13 buah negeri)
2. Majlis Agama Islam Negeri (13 buah negeri)
3. Jabatan Mufti Negeri (13 buah negeri)
5. Jabatan Kehakiman Syariah (13 buah negeri)
6. Pusat Zakat Negeri (13 buah negeri)
7. Perbadanan Wakaf (di Selangor)

Bayangkan berapa banyak peruntukan diberi oleh pihak kerajaan samada persekutuan atau negeri kepada semua agensi ini?...sudah pasti berbillion ringgit setahun..itu belum dikira hasil dari zakat dan wakaf...

Tetapi malang..Islam di Malaysia masih terpinggir...65 % rakyat Malaysia beragama Islam..tetapi apa yang kita lihat sekarang, majoriti rakyat khususnya generasi muda sangat jahil tentang agama islam...

Beberapa universiti awam telah membuat kajian mendapati bahawa masih ada ramai anak muda yang bacaan al-Fatihah pun tidak tahu baca..apatah lagi ilmu agama yang lain.

Tidakkah ini sangat mendukacitakan?...di Eropah, tiada agensi kerajaan berkaitan agama Islam tetapi Islam berkembang pesat di sana sedangkan di Malaysia terbalik dimana semakin ramai pula yang lari daripada Islam.

Sekadar renungan...

http://www.youtube.com/watch?v=_6uE_kBYwgc&feature=related


Sunday, September 2, 2012

Salah ker jika tukar bendera?

Assalamualaikum,

Kecoh pasal segelintir rakyat yang mahu tukar bendera Malaysia..ada yang menuduh pengkhianat dan sebagainya...persoalannya, salahkah jika tukar bendera??

sejarah tukar bendera

Mengikut sejarah, sudah banyak negara yang telah menukar bendera mereka. Antaranya ialah :

1. CANADA

Atas sebab perpaduan antara rakyat berbahasa English dan French di Canada maka Canada telah menukar bendera mereka pada tahun 1965.

bendera lama Canada (sebelum 1965)

File:Canadian Red Ensign.svg

bendera baru Canada (selepas 1965)

File:Flag of Canada.svg

2. MYANMAR (BURMA)

Sebagai membuktikan komitmen Myanmar untuk berubah menjadi sebuah negara demokrasi tulen..maka Myanmar telah menukar bendera pada tahun 2010

bendera lama Myanmar (sebelum 2010)

File:Flag of Myanmar (1974-2010).svg

bendera baru Myanmar (selepas 2010)

File:Flag of Myanmar.svg

3. RWANDA

Sebagai usaha melupakan kisah pahit perang etnik di Rwanda pada 1994, Kerajaan Rwanda telah menukar bendera mereka pada tahun 2001

bendera lama (sebelum 2001)

File:Flag of Rwanda (1962-2001).svg

bendera baru (selepas 2001)

File:Flag of Rwanda.svg

4. AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat sendiri sering kali bertukar bendera. Ia bertukar selari dengan perkembangan Amerika Syarikat yang pada mulanya hanya terdiri daripada 13 buah negeri dan seterusnya berkembang menjadi 50 buah negeri.

bendera asal Amerika Syarikat

File:US flag 13 stars – Betsy Ross.svg

bendera terkini Amerika Syarikat

File:Flag of the United States (Pantone).svg


Malaysia sendiri ada sejarah tukar bendera

1. Sabah

Negeri Sabah sudah tiga kali menukar bendera

bendera asal Sabah (1963-1981)

File:Flag of Sabah 1963-1981.png

pertukaran pertama (1981-1988)

File:Flag of Sabah (1982-1988).svg

bendera terkini

File:Flag of Sabah.svg


Kesimpulan

Jadi, salahkah jika ada segelintir rakyat Malaysia yang mahu Malaysia menukar bendera kerana bendera yang sedia ada kerana dakwa mereka ia lebih mirip bendera Amerika Syarikat?

Tepuk dada, tanya selera